Halaman

Khamis, 27 Disember 2012

Makhluk Paling Comel

Seronoknya aku melihat seekor rama rama yang mengepak ngepak di tepi jendela rumahku. Aku sengaja menyakat dia kerana aku tahu dia tengah mencari ruang untuk menyusup ke dalam. Warnanya seakan akan biru ada sedikit tompok kuning sangat cantik untuk dijadikan hiasan dinding... tu la keja... itu aja yang manusia tahu...Dia kekiri aku pun kekiri dia kekanan aku pun kekanan. Mungkin sangat bosan bagi dia untuk terus terusan begitu. Bukan masa untuk bermain denganku agaknya...... ....jadi dia pun terbang dengan megahnya. pergi lah..




 Aku memang suka makhluk ni...Cantik kan..Tapi ini aku copy aja kat tepi2 tu..he he



BELAJAR BERSYUKUR APA ADANYA

Hidup dalam peredaran zaman yang menuntut manusia untuk sentiasa up to date sering menggoda jiwa dan fikiran kita supaya sentiasa mahu melangkah seiring dengan mereka.

Sebenarnya, kedamaian jiwa akan kita perolehi apabila kita cuba untuk bersyukur dan merasa puas serta berbangga dengan apa sahaja nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita walaupun sedikit.

Kadang kadang kita terlupa sehingga kita terpaksa menepikan ciptaan Allah swt kerana kita terlalu mengikut kata hati untuk memiliki. Mengubah yang sedia ada tanpa rasa segan dan malu kepada Allah swt.



 Belajarlah bersyukur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan