Ketika mendung berarak aku masih dijalanan dan mengharap agar sempat sampai sebelum hujan turun.. Ketika gerimis mula menitis aku tetap mengatur langkah mengharap didepanku ada bumbung sebagai tempat berlindung. Ketika tempias membasahi dan kedinginan mula terasa ku sedar hujan sudah mula turun.
KERANA KASIH SAYANGNYA
kerana Tuhan lebih menyayangi kamu,
kerana itulah kamu yang diuji dengan lebih berat,
berbanding ujian-NYA pada aku, pada kami.
kerana Tuhan sangat peduli keadaan kamu,
kerana itulah DIA terlebih prihatin pada keadaanmu,
lantas memilih kamu untuk diuji.
Bila kita yakin,
Allah uji sebab Allah sayang,
maka hati juga akan yakin,
bahawa kita mampu,
kerana kita sangat percaya pada Kalam-NYA dan Janji-NYA,
bahawa ujian adalah sesuai kemampuan.
Khamis, 10 Januari 2013
Sabtu, 5 Januari 2013
SEPI PUN MENGERTI

KENDURI UMAH KAKSU
Dari jauh lg aku dah nampak dia tergamit gamit aku masa aku sampai. Amboi cantik tol mak sedara pengantin ni. Merah hitam sama ngan pengantin gak. Tak lari sikit pun..Sukanya dia menyambut kedatangan aku. Pastu aku dibawa dan dikenalkan dengan semua sedara mara dia. Kalau blh semua dia nak suh aku salam..he heheehe lucu. Wah cantiknya pengantin tema merah hitam..Sempat gak aku berbual dengan merpati 2 sejoli ni.. Peramah dan manis2 gitu. Tapi aku lum sempat lagi nak ejas gambar dia kat sini. t.q kaksu..layanan yang sungguh istimewa...
![]() |
| umpppp..sedapnye |
Lupa nak bagi gambar kaksu tengah makan..he hee
sedap tuuuuuuu..
SELAMAT TAHUN BARU
Seandainya kita tidak dapat apa yang kita ingini belajarlah menerima apa adanya yang kita telah miliki.
Semoga kedatangan tahun baru seindah bunga bunga tulipRabu, 2 Januari 2013
JANGAN ADA BENCI
Andainya Ada diantara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus dipertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Ungkit mengungkiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadang kala yang berlaku
Diluar kemampuan kau dan aku
ALLAH MAHA PENGASIH
YA ALLAH...
Terkadang aku jadi malu.
Termalu sendiri.
Saat KAU menyayangi aku,
Prihatin dan mengambil tahu,
Bahkan terkadang melebihi,
Rasa prihatinMU pada hamba-hambaMU
Yang lebih baik, yg lebih taat.
Saat mereka berkata bahawa ujian
Adalah tanda kasih sayangMU,
Sedang dalam anggapanku,
Yang ada hanya prasangka.
Aku jadi bertambah malu,
Menyedari betapa dalam kesusahan,
KAU titipkan kasih SayangMU.
Saat mereka mengingatkan aku,
Tentang rahmat dan nikmat pemberianMU,
Yang masih KAU izinkan aku rasai,
Aku merasa kerdil,
Betapa tak berupayanya aku,
Tanpa kudrat dan izin dariMU.
Tuhan,
Saat KAU menyayangi aku,
Lebih dari kasih sayang sesiapa pun,
Di dunia ini,
Sedang aku,
Masih mahu menyayangi, mengharap, dan menagih kasih sayang manusia…..
Aku jadi malu….
Mi Bandung Tahun Baru
KENAPA RESTORAN MAMAK JADI PILIHAN
Sambil aku jalan nak pi opis kawan aku itu hari aku lalu la kat area restoran mamak ni. Blh tahan la juga ramai org. Tak tau la apa ayat yg dia dah baca. Sekali pas aku jumpa kawan aku ni dia pun ajak aku makan kat situ gak.. hehehe baru tadi aku sebut2 pasal ayat spoi tu. Eleh eleh dia pun suka ke situ juga rupanya. Aku nak gelak pun ada.
Sebenarnya aku ni jarang masuk kedai mamak ni tak berapa kena dengan selera aku tapi kalau dah tak ada pilihan tu boleh la. Kedai ni bersih kemas dan agak menarik juga. Ruang yang selesa untuk berborak bagi kaki sembang memang berbaloi baloi. Kami mkn nasi putih dengan ikan masak kicap, bendi, telor masin dan kuah campur serta teh ais. Semuanya Rm18.00 untuk 2 dua org
Berbaloi tak. Yang peliknya aku takda pulak suh dia letak bendi tu saja dia nak kasi tambah rm la tu.
Selamat Tahun Baru
Yang buruk jadikan sempadan. Yang baru kita mulakan. Yang lepas lepas gud by sayang..Yang pasti sudah lebih pasti

Horeyyyyyyyyyy

Horeyyyyyyyyyy
Biarlah Menjadi Kenangan
2013 menyusul sudah. Selamat Tahun Baru untuk diri sendiri. Aku rasa tidak perlu untuk aku ucapkan kepada orang lain kerana kedatangannya sudah semesti untuk semua orang. Cuma yang pasti doakanlah semoga tahun baru ini membawa keberkatan yang lebih berbanding tahun tahun sebelumnya. Biarlah yang buruk itu menjadi pengajaran supaya kita sentiasa saling mengingatkan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang buruk itu dari kita sendiri dan yang baik itu dari Allah s.w.t.
Langgan:
Catatan (Atom)



