Halaman

Rabu, 2 Januari 2013

JANGAN ADA BENCI


Andainya Ada diantara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus dipertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan

Ungkit mengungkiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadang kala yang berlaku
Diluar kemampuan kau dan aku

 
 
ALLAH MAHA PENGASIH
 
YA ALLAH...
Terkadang aku jadi malu.
Termalu sendiri.
Saat KAU menyayangi aku,
Prihatin dan mengambil tahu,
Bahkan terkadang melebihi,
Rasa prihatinMU pada hamba-hambaMU
Yang lebih baik, yg lebih taat.
Saat mereka berkata bahawa ujian
Adalah tanda kasih sayangMU,
Sedang dalam anggapanku,
Yang ada hanya prasangka.
Aku jadi bertambah malu,
Menyedari betapa dalam kesusahan,
KAU titipkan kasih SayangMU.
Saat mereka mengingatkan aku,
Tentang rahmat dan nikmat pemberianMU,
Yang masih KAU izinkan aku rasai,
Aku merasa kerdil,
Betapa tak berupayanya aku,
Tanpa kudrat dan izin dariMU.
Tuhan,
Saat KAU menyayangi aku,
Lebih dari kasih sayang sesiapa pun,
Di dunia ini,
Sedang aku,
Masih mahu menyayangi, mengharap, dan menagih kasih sayang manusia…..
Aku jadi malu….

Mi Bandung Tahun Baru



Ini dia jom makan..Tapi yang aku buat bukan mcm ni..he he selerak skit la. Ini mcm nak masuk bertanding rancangan memasak kat astro ja. Gambar ni aku copy kat ternet. cuma nak gitau ja rasa dia sedap yang aku buat lagi..kah kah kah



KENAPA RESTORAN MAMAK JADI PILIHAN

Sambil aku jalan nak pi opis kawan aku itu hari aku lalu la kat area restoran mamak ni. Blh tahan la juga ramai org. Tak tau la apa ayat yg dia dah baca. Sekali pas aku jumpa kawan aku ni dia pun ajak aku makan kat situ gak.. hehehe baru tadi aku sebut2 pasal ayat spoi tu. Eleh eleh dia pun suka ke situ  juga rupanya. Aku nak gelak pun ada.

Sebenarnya aku ni jarang masuk kedai mamak ni tak berapa kena dengan selera aku tapi kalau dah tak ada pilihan tu boleh la. Kedai ni bersih kemas dan agak menarik juga. Ruang yang selesa untuk berborak bagi kaki sembang memang berbaloi baloi. Kami mkn nasi putih dengan ikan masak kicap, bendi, telor masin dan kuah campur serta teh ais. Semuanya Rm18.00 untuk 2 dua org

 Berbaloi tak. Yang peliknya aku takda pulak suh dia letak bendi tu saja dia nak kasi tambah rm la tu.

Selamat Tahun Baru

Yang buruk jadikan sempadan. Yang baru kita mulakan. Yang lepas lepas gud by sayang..Yang pasti sudah lebih pasti


Horeyyyyyyyyyy

Biarlah Menjadi Kenangan



2013 menyusul sudah. Selamat Tahun Baru untuk diri sendiri. Aku rasa tidak perlu untuk aku ucapkan kepada orang lain kerana kedatangannya sudah semesti untuk semua orang. Cuma yang pasti doakanlah semoga tahun baru ini membawa keberkatan yang lebih berbanding tahun tahun sebelumnya. Biarlah yang buruk itu menjadi pengajaran supaya kita sentiasa saling mengingatkan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang buruk itu dari kita sendiri dan yang baik itu dari Allah s.w.t.